Mengenai Saya

Nama: Wan Mohd Nazif b. Wan Mohd Nori
Institusi: Fakulti Perakaunan, UiTM Terengganu 
Kelulusan Akademik: PhD (Accounting Information System)
Kerjaya:  Pensyarah (UiTMT: 1996-sekarang), Juruaudit (AA & Co, HRM: 1994-1996)
Pendidikan: UUM (PhD) - UiTM (Master) - Manchester Metropolitan Uni. (Ijazah) -KPP UiTM (A level) - SM Sains Dungun - SRK Hamzah Machang 

Jauh sudah kita berjalan di mukabumi Allah swt ini. Banyak sudah kita lalui - pengalaman pahit manis, jatuh bangun. Ramai sudah orang yang kita temui dan kenali. Kita boleh tulis travelog perjalanan dunia kita yang semakin lama kita pun semakin lupakan. Persoalan yang lebih utama yang perlu kita tanya diri sendiri ialah catatan bekal untuk perjalanan kita selepas mati. Bagaimana jika ilmu dunia kita bertahap Ijazah/Sarjana/PhD tetapi ilmu akhirat (solat, sedekah, ngaji Qur'an, dll.) kita hanya bertahap tadika?... 



No comments:

Post a Comment