Monday, September 15, 2014

"Jumper"

15 Sept 2014 - Masa nak start kereta untuk ke kelas, tiba-tiba kereta tak hidup!. Terdetik dalam hati, "Allahuakbar! Inilah masanya". Rasa kecewa, menyesal dan nak marah kepada ??????...diri ambo sendiri!. Bukan kerana kereta mapuh di bawah terik matahari, semasa bergegas nak ke kuliah (pelajar sedang tunggu) dan tiada kawan yang lalu lalang untuk diminta bantuan....tapi kerana kedegilan diri sendiri (sikap suka bertangguh dan pemikiran, "Ah! Lambat lagi/Not today"). Ceritanya gini.... dah seminggu lebih kereta ambo tu susoh nok start dan ambo tahu benar ianya disebabkan oleh masalah bateri...menghampiri saat nazaknya!. Bini dah ulang berkali kali..."Gi lah bawok kedai bateri tuuuu..." namun, kedegilan atasi segalanya.

Hari ni apa dijangka akan berlaku tapi tak nak ianya berlaku, itu berlaku!. Selepas beberapa ketika berpeluh jjerok, sentuh sana sentuh sini tak tahu apa nak buat, nampok kawan lalu. Minta dia tolong hantar ke kelas. Lepas kuliah, tumpang kereta pelajar.  Nasib baik ada jumper. Baru bulan lepas saya beli...

Di akhirat, khabarnya ramai yang akan menyesal. Menyesal sebab bertangguh di dunia. Bertangguh untuk bertaubat, bertangguh untuk beramal...bertangguh...bertangguh...bertangguh sehingga maut tiba!. Nak minta tolong "tumpang" kawan di akhirat?. Usahkan kawan, ibubapa pun tak kenal anak. Masing-masing dengan hal masing-masing!. Nak minta dibawa balik semula ke dunia (kononnya nak betulkan keadaan..)?. dah terlambat!

Ada "jumper" ke di akhirat?. Ada lah syafaat Rasulullah saw tetapi semasa di dunia, Rasulullah pun kita tak kenal apatah lagi nak amalkan sunnah baginda. 

Jadi, berpeluh berjeroklah, berpanas teriklah, bertunggang terbaliklah kita di akhirat (Nauzubillah). Mujurnya...itu semua belum lagi berlaku kepada kita. Jadiiiiii, dengar kata bini (Usah bertangguh!). Buat lo ning!!!!


Monday, September 8, 2014

"Mumia..."


Pada 30 & 31 Ogos 2014, saya terlibat dengan hari keluarga di Kuala Terengganu. Program yang bertujuan mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga. Antara permainan yang saya kira bermakna ialah "Mumia..". Dalam permainan ni, pasangan perlu balut badan pasangan masing-masing menggunakan tisu tandas. Selepas dibungkus, kena berjalan ke garis penamat. Siapa yang pertama sampai digaris penamat dengan balutan yang kemas, dikira pemenang. Pada saya, permainan yang menarik dan eratkan hubungan suami isteri.

Hari ini (9 Ogos 2014) saya dengar program reflections dalam TV Al-Hijrah, bincang pasal hubungan suami isteri. Antara yang jadi sunnah dalam hubungan suami isteri ialah suami/isteri panggil pasangan dengan panggilan yang baik ("My Luv" ko, "Darling" ko, "Sicantik manis" ko, ikutlah...). Rasulullah saw panggil isteri baginda Aisyah, "Wahai sipipi merah").

Kena sentiasa cari jalan untuk eratkan kasih sayang antara suami isteri. Janganlah pulok si suami/isteri, bila pasangan panggil "Darling" ko, dijawab, "Uwekkkkk / buang tabiat ko orang tuo ni / Demam ko? / Lamo doh dok makan ubat?".

Dalam permainan di atas, pasangan saya dan isteri kalah - kami silap strategi...saya yang jadi model untuk dibungkus....akhirnya dok cukup tisuuuu!