Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, September 15, 2014

"Jumper"

15 Sept 2014 - Masa nak start kereta untuk ke kelas, tiba-tiba kereta tak hidup!. Terdetik dalam hati, "Allahuakbar! Inilah masanya". Rasa kecewa, menyesal dan nak marah kepada ??????...diri ambo sendiri!. Bukan kerana kereta mapuh di bawah terik matahari, semasa bergegas nak ke kuliah (pelajar sedang tunggu) dan tiada kawan yang lalu lalang untuk diminta bantuan....tapi kerana kedegilan diri sendiri (sikap suka bertangguh dan pemikiran, "Ah! Lambat lagi/Not today"). Ceritanya gini.... dah seminggu lebih kereta ambo tu susoh nok start dan ambo tahu benar ianya disebabkan oleh masalah bateri...menghampiri saat nazaknya!. Bini dah ulang berkali kali..."Gi lah bawok kedai bateri tuuuu..." namun, kedegilan atasi segalanya.

Hari ni apa dijangka akan berlaku tapi tak nak ianya berlaku, itu berlaku!. Selepas beberapa ketika berpeluh jjerok, sentuh sana sentuh sini tak tahu apa nak buat, nampok kawan lalu. Minta dia tolong hantar ke kelas. Lepas kuliah, tumpang kereta pelajar.  Nasib baik ada jumper. Baru bulan lepas saya beli...

Di akhirat, khabarnya ramai yang akan menyesal. Menyesal sebab bertangguh di dunia. Bertangguh untuk bertaubat, bertangguh untuk beramal...bertangguh...bertangguh...bertangguh sehingga maut tiba!. Nak minta tolong "tumpang" kawan di akhirat?. Usahkan kawan, ibubapa pun tak kenal anak. Masing-masing dengan hal masing-masing!. Nak minta dibawa balik semula ke dunia (kononnya nak betulkan keadaan..)?. dah terlambat!

Ada "jumper" ke di akhirat?. Ada lah syafaat Rasulullah saw tetapi semasa di dunia, Rasulullah pun kita tak kenal apatah lagi nak amalkan sunnah baginda. 

Jadi, berpeluh berjeroklah, berpanas teriklah, bertunggang terbaliklah kita di akhirat (Nauzubillah). Mujurnya...itu semua belum lagi berlaku kepada kita. Jadiiiiii, dengar kata bini (Usah bertangguh!). Buat lo ning!!!!


Monday, September 8, 2014

"Mumia..."


Pada 30 & 31 Ogos 2014, saya terlibat dengan hari keluarga di Kuala Terengganu. Program yang bertujuan mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga. Antara permainan yang saya kira bermakna ialah "Mumia..". Dalam permainan ni, pasangan perlu balut badan pasangan masing-masing menggunakan tisu tandas. Selepas dibungkus, kena berjalan ke garis penamat. Siapa yang pertama sampai digaris penamat dengan balutan yang kemas, dikira pemenang. Pada saya, permainan yang menarik dan eratkan hubungan suami isteri.

Hari ini (9 Ogos 2014) saya dengar program reflections dalam TV Al-Hijrah, bincang pasal hubungan suami isteri. Antara yang jadi sunnah dalam hubungan suami isteri ialah suami/isteri panggil pasangan dengan panggilan yang baik ("My Luv" ko, "Darling" ko, "Sicantik manis" ko, ikutlah...). Rasulullah saw panggil isteri baginda Aisyah, "Wahai sipipi merah").

Kena sentiasa cari jalan untuk eratkan kasih sayang antara suami isteri. Janganlah pulok si suami/isteri, bila pasangan panggil "Darling" ko, dijawab, "Uwekkkkk / buang tabiat ko orang tuo ni / Demam ko? / Lamo doh dok makan ubat?".

Dalam permainan di atas, pasangan saya dan isteri kalah - kami silap strategi...saya yang jadi model untuk dibungkus....akhirnya dok cukup tisuuuu!

Wednesday, September 3, 2014

Usia...

Dari usia 20an lagi dah pernah dengar yang hidup ini singkat....
Bukan dok percaya tapi tak cakna + tak kisah + tak faham...

Masa usia 30an pun gitu jugok...
Usia yang sedang alami dan nikmati warna warni hidup. Usia yang rasa masih banyok perlu dan boleh diteroka.

Kini..Di usia 40an...
Nampak dengan jelas yang hjdup ini  singkat...

Yang bertahun dilalui sudah semakin samar di ingatan.

Besar semasa dilalui jadi kecil bila dilepasi...

Hatta kita pun akan semakin dilupai bila dah tiada nanti.

Tiada yg hebat dan penting di sini berbanding kehidupan yg menanti..
......di akhirat nanti!

Hisab

2 Sept 2014 - Baru balik dari rumah kawan sekerja (Allahyarham ustaz Ismail Embong) yang meninggal dunia sebelum Maghrib tadi di usia 52 thn.

Dalam seminggu ni, dah 2 rakan sekerja di UiTMT (arwah Tengku Yusoff dan arwah Ustaz Ismail Embong) telah dijemput pulang oleh Allah swt.

Terasa betapa waktu buat diri makin suntuk....suntuk untuk perbanyakkan bekalan untuk dibawa pulang.

Kita asyik sibuk dengan hal dunia. Hal dunia yang dalam banyak keadaan membuatkan kita lupa hal akhirat - usahkan nak tambah amalan, yang sepatutnya diamal sejak dulu masih ccamba/tak terurus....solat dhuha dan sunat lain tak istiqamah lagi, solat fardhu pun masih ada yang lambat dan tak berjemaah, sedekah ttiko ttiko/tak dicari peluang tapi hanya nanti ditemui, silaturrahim?(dgn jiran/adik beradik/rakan sekerja pun masih ada masalah), hasad dengki/cemburu/adu domba/umpat masih dipraktik.....

Allahuakbar! Lagu mano lah nak lepas hisab Allah jika hisab diri sendiri pun terasa lemas dan tak lepas....

Monday, September 1, 2014

Ubi Kayu



Dua hari lepas saya gali ubi kayu di kawasan rumah. Dalam tanah berselut tu saya bokeh ubi kayu (gambar). Hok warna putih tu isi ubi kayu. Kagum dengan ciptaan Allah swt - dalam kotoran tanah berselut tu, ada isi ubi kayu yang warna putih suih. Dalam keadaan  masyarakat yang penuh berpenyakit lo ni, amat susah mencari mereka yang ikhlas (hati suci bersih) dalam persahabatan, samada di organisasi, kejiranan dan perniagaan.
  

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan - MULTIPLYING EFFECT & GLOLAM!





Umur kita, umat Nabi Muhammad saw tidak sepanjang umur umat-umat terdahulu. Umur tak panjang, tiadalah kita berterusan buat maksiat kepada Allah. Peluang untuk beramal untuk jangkamasa lebih panjang pun tiada. Namun, Allah Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang – kali ini, Dia masih beri peluang kita hidup dalam Ramadhan, bulan penuh kelebihan. 

Ini entah Ramadhan kali keberapa dah buat kita. Dah lah sepanjang Ramadhan itu, yang sunat dapat pahala wajib, Dia sediakan lagi The one and only,  1 malam yang ada “MULTIPLYING EFFECT” – 1 malam yang bersamaan dengan 1000 bulan atau 83 tahun lebih (rujuk Surah al-Qadr, ayat 1-5). Kalau orang tawar kepada kita, kerja 1 kali dapat gaji macam kerja 1000 kali, kita nak ke tak mboh?. WAUUUUU!!! WAU! WAU!. 

Mungkin, untuk Ramadhan yang lepas-lepas, kita setakat wau wau sajalah...sebab apa gitu? Sebab kita hanya fikir GLOKAL, atau setakat GLOBAL. Islam hebat!. Islam ajar kita untuk berfikiran GLOLAM (ni nama saya bagi sendiri lah!). GLOLAM ialah berfikir merentasi alam, iaitu merentasi alam dunia yang fana ini ke alam akhirat (walaupun kita tak mati lagi!). Bila ini berlaku, kita tidak akan sia-siakan anugerah Allah, termasuklah Ramadhan ini dan al-Qadr. Kita akan berusaha cari walaupun 1 dalam 365, walaupun "kerja dulu, gajinya kemudian!". 

 Jom! Kita buat perubahan kali ini. Kita ppakat kilah kain cari al-Qadr deh!.

Monday, June 24, 2013

Sakit & Sihat



Bila kali terakhir anda sakit? Tahun 2000? Lamanya dah tuuu…sakit apa tu? Laaaa…sakit diketik nyamuk je!. Ni, kita cakap pasal sakit fizikal lah. Sakit hati tu..sokmo sokmo doh!. Ada orang yang daripada kecil sampailah ke usia 40an atau 50an, tak pernah dimasukkan ke wad hospital kerana sakit. Masuk hospital kerana ziarah orang sakit pun tak pernah. Ada pula orang yang saban tahun/bulan masuk-keluar hospital – bukan sahaja doktor dia kenal, anak bini doktor pun dia kenal. Malah, dia yang beritahu doktor, jenis ubat yang diperlukan dan bukan sebaliknya. Nak cerita yang kerapnya dia sakit.
Sihat atau sakit, kedua-duanya datang daripada Allah swt. Kedua-duanya, boleh jadi ujian kepada kita. Bagi yang sakit, ujian mengukur tahap kesabaran kita menghadapi ketentuan musibah daripada Allah swt – adakah kita sumpah seranah, mengeluh atau reda serta lebih mendekatiNya?. Bagi yang tak pernah atau jarang-jarang sakit, ujiannya mungkin dalam bentuk, samada kita mensyukuri atau mengkufuri nikmat sihat. Jangan sampai kita angkuh sombong, “Eh! Saya exercise sokmo, sebab tu saya tak pernah sakit!”. Berapa kerap kaki yang sihat dan kkatang diguna untuk melangkah ke masjid dan telinga yang tak berdengung diguna untuk mendengar kuliah agama?. Mata? Tangan? Mulut?.
Adakah kita tergolong dalam kategori hambaNya yang Dia kagumi – bersabar apabila ditimpa musibah dan bersyukur apabila diberi nikmat!.
Ketik = Gigit, kkatang = muscle berketol-ketol

Saturday, June 15, 2013

"Kerja" dengan Allah swt...

Setiap hari kita ppeluh sampai kketing buat kerja cari pitih, samada kerja sendiri atau makan gaji. Kadang sampai sakit sakit, bergaduh dengan orang, cah keting orang dan orang cah keting kita, naik darah sampai gelap mata, bersungguhnya kita…

Allah mitok kita, sambil kerja dengan orang tu, kerja lah jugok dengan Dia. Tak payah punch card, tak payah ada pangkat, tak payah outstation pun, berdiri cacang tak bergerak pun ok, tak payah hadir kursus sampai 3 atau 4 hari, tak payah pakai tali leher yang matching dengan seluar pun ok. Kerjanya mudah, gajinya besar. Hanya sebut 1 huruf dah dapat 10. Kekadang boleh dapat sampai 700. Syaratnya hanya kena buat kerana Dia. Hanya Dia. Kayanya Allah. Hebatnya tawaran Allah, walaupun kalau tiada seorang pun bekerja dengan Dia, Allah tak rugi sesen pun.

Kita tolak tawaran hebat Allah. Kita kata buat apa ‘gaji’ besar pun…bayarannya lambat!. Lagipun, ‘gaji’nya tak boleh dibuat beli milo dan gula. Kita terus cari pitih, yang sebahagiannya kita guna untuk beli keperluan semasa, dan sebahagian lagi kita simpan untuk keperluan akan datang. Simpanan kita meningkat dan terus meningkat. Kita masih pandang sepi tawaran Allah. Bila ditanya, “nok buat gapo pitih banyok tu?”. Kita jawap, “Untuk kesenangan saya nanti lah – bila pencen nanti, saya nak gi makan angin seluruh dunia!”. Suatu hari sebelum pencen, nama kita bertukar daripada Encik/Puan/Datuk/Datin/Tan Sri/Puan Sri kepada Allahyarham. Masa tu kita baru tersedar yang betapa ruginya kita tak bekerja dengan Allah swt. "Masa tu"...boleh jadi secepat sesaat nanti, esok, lusa atau.....

Thursday, June 13, 2013

"Kajian Literatur"

Dalam menjalankan penyelidikan atau penulisan tesis, ada bahagian yang dikenali sebagai kajian literatur. Ianya melibatkan pembacaan artikel-artikel oleh para penyelidik terdahulu dalam bidang berkaitan. Membaca artikel saintifik bukan macam baca novel. Ada rakan kata, “Doh berpuluh kali doh aku baca artikel ni. Boring gilo. Nok mutoh hijau rasanya tapi dok faham setabok!”.   

Al-Qur’an merupakan sumber pembacaan dan penyelidikan agung daripada Allah swt. Walaupun beribu, beratus, berpuluh, kali kita baca (daripada zaman kanak-kanak hinggalah ke usia sekarang) dan tidak memahaminya, kita tidak rasa jemu membacanya. Malah membacanya berkali-kali dan secara kerap mendatangkan ketenangan kepada jiwa. Malanglah jika kita berusaha gigih untuk membaca beratus artikel saintifik, pada masa yang sama memandang sepi walau beberapa helaian Al-Qur’an.

Tuesday, June 11, 2013

Senarai pekerja cemerlang...

Katakan organisasi kita pamerkan senarai nama pekerja terbaik/pekerja cemerlang dan ucapan tahniah kepada mereka. Apa tercetus dalam hati kita (yang tidak tersenarai) ketika membaca senarai tersebut?. Jika ianya,   

“Si X ni pun dapat jugak?. Kroni..kroni..”, “Eh! Si Y ni, tahun lepas dapat dah!”, “Emmmm..aku tak pelik si O ni dapat…pakar kipas!” 

….maknanya hati kita berpenyakit. 

Ubatnya, perbanyakkan zikir (ingatkan Allah swt.). Elak daripada kita SUSAH TENGOK ORANG SENANG DAN SENANG TENGOK ORANG SUSAH. Berbahagialah orang yang berjaya merasai indahnya hidup bersama Ilahi.

Monday, June 3, 2013

Berhenti sejenak...

Hari ini berhenti sedetik dari meneruskan apa jua aktiviti yang sedang kita lakukan, dan tanya diri, "ADAKAH AKU SUDAH LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK MELAYAKKAN AKU MENDAPAT REDHA ALLAH SETERUSNYA KE SYURGA-NYA?".

Sunday, June 2, 2013

Manusia dan binatang...

Sesetengah daripada kita mungkin memandang rendah kepada binatang - ya lah, binatang tak berakal manakala manusia pula berakal. Sepak terajang kucing yang mengiau masa kita nak makan sampai kucing melambung dan lekat celoh cermin nako. Semut pun kita dengki sampai "putuskan" deretan mereka hingga mmusing ketang semut-semut yang tadinya marching dengan penuh harmoni. Lembu lintas jalan pun kita hon berkali-kali walaupun kita acknowledge kebodohan lembu melalui peribahasa 'bodoh macam lembu'!. Allah swt mungkin sindir kita, manusia yang berakal dengan binatang ciptaanNya yang tidak berakal. Cuba lihat semut/kerengga dalam gambar - bekerjasama membuat jambatan untuk menghubungkan 'jalan' yang terputus. Malangnya, dalam kehidupan kita berkeluarga, rakan sekerja/taulan, jiran tetangga, ada tikam belakang, dengki dendam, cah keting, sabotaj dan sebagainya.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.

Cepatnya masa berlalu...

Gambar di atas adalah gambar masa saya di Darjah 1 di Sekolah Rendah Hamzah Machang Kelantan. Masa ini, masa gembira 24 jam - hingus bertepek dan kering di hidung pun, kita tak kisah!. Pejam celik pejam celik.....dah umur 44 tahun dah saya ni. Begitu cepatnya masa berlalu!. Kalau kita boleh undur semula masa ke ketika dalam gambar ini, banyak perkara yang mungkin kita boleh perbetulkan. Namun, Allah swt telah tentukan perjalanan masa kehidupan hanya "one-way street". Yang saya ketahui, telah ada beberapa orang dalam gambar di atas telah dijemput "pulang ke kampung halaman yang kekal abadi". Allahuakbar!. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah swt. dan syurga sebagai penamat perjalanan kita yang jauh ini....

Cuti sekolah peluang terbaik...

Lo ni musim cuti sekolah. Inilah peluang terbaik untuk bersama ahli keluarga - makan bersama, solat berjemaah bersama anak bini di rumah atau di masjid. Janganlah terus pentingkan kerja dan sayang untuk ambil cuti untuk bersama keluarga pada musim cuti ini. Masa bergerak pantas - suatu hari kita akan rasa amat rugi kerana peluang untuk bersama ahli keluarga kita lepaskan begitu saja. Aktiviti pula perlu berasaskan mendekatkan diri kepada Allah.