Saturday, June 15, 2013

"Kerja" dengan Allah swt...

Setiap hari kita ppeluh sampai kketing buat kerja cari pitih, samada kerja sendiri atau makan gaji. Kadang sampai sakit sakit, bergaduh dengan orang, cah keting orang dan orang cah keting kita, naik darah sampai gelap mata, bersungguhnya kita…

Allah mitok kita, sambil kerja dengan orang tu, kerja lah jugok dengan Dia. Tak payah punch card, tak payah ada pangkat, tak payah outstation pun, berdiri cacang tak bergerak pun ok, tak payah hadir kursus sampai 3 atau 4 hari, tak payah pakai tali leher yang matching dengan seluar pun ok. Kerjanya mudah, gajinya besar. Hanya sebut 1 huruf dah dapat 10. Kekadang boleh dapat sampai 700. Syaratnya hanya kena buat kerana Dia. Hanya Dia. Kayanya Allah. Hebatnya tawaran Allah, walaupun kalau tiada seorang pun bekerja dengan Dia, Allah tak rugi sesen pun.

Kita tolak tawaran hebat Allah. Kita kata buat apa ‘gaji’ besar pun…bayarannya lambat!. Lagipun, ‘gaji’nya tak boleh dibuat beli milo dan gula. Kita terus cari pitih, yang sebahagiannya kita guna untuk beli keperluan semasa, dan sebahagian lagi kita simpan untuk keperluan akan datang. Simpanan kita meningkat dan terus meningkat. Kita masih pandang sepi tawaran Allah. Bila ditanya, “nok buat gapo pitih banyok tu?”. Kita jawap, “Untuk kesenangan saya nanti lah – bila pencen nanti, saya nak gi makan angin seluruh dunia!”. Suatu hari sebelum pencen, nama kita bertukar daripada Encik/Puan/Datuk/Datin/Tan Sri/Puan Sri kepada Allahyarham. Masa tu kita baru tersedar yang betapa ruginya kita tak bekerja dengan Allah swt. "Masa tu"...boleh jadi secepat sesaat nanti, esok, lusa atau.....

No comments:

Post a Comment