Monday, June 24, 2013

Sakit & Sihat



Bila kali terakhir anda sakit? Tahun 2000? Lamanya dah tuuu…sakit apa tu? Laaaa…sakit diketik nyamuk je!. Ni, kita cakap pasal sakit fizikal lah. Sakit hati tu..sokmo sokmo doh!. Ada orang yang daripada kecil sampailah ke usia 40an atau 50an, tak pernah dimasukkan ke wad hospital kerana sakit. Masuk hospital kerana ziarah orang sakit pun tak pernah. Ada pula orang yang saban tahun/bulan masuk-keluar hospital – bukan sahaja doktor dia kenal, anak bini doktor pun dia kenal. Malah, dia yang beritahu doktor, jenis ubat yang diperlukan dan bukan sebaliknya. Nak cerita yang kerapnya dia sakit.
Sihat atau sakit, kedua-duanya datang daripada Allah swt. Kedua-duanya, boleh jadi ujian kepada kita. Bagi yang sakit, ujian mengukur tahap kesabaran kita menghadapi ketentuan musibah daripada Allah swt – adakah kita sumpah seranah, mengeluh atau reda serta lebih mendekatiNya?. Bagi yang tak pernah atau jarang-jarang sakit, ujiannya mungkin dalam bentuk, samada kita mensyukuri atau mengkufuri nikmat sihat. Jangan sampai kita angkuh sombong, “Eh! Saya exercise sokmo, sebab tu saya tak pernah sakit!”. Berapa kerap kaki yang sihat dan kkatang diguna untuk melangkah ke masjid dan telinga yang tak berdengung diguna untuk mendengar kuliah agama?. Mata? Tangan? Mulut?.
Adakah kita tergolong dalam kategori hambaNya yang Dia kagumi – bersabar apabila ditimpa musibah dan bersyukur apabila diberi nikmat!.
Ketik = Gigit, kkatang = muscle berketol-ketol

No comments:

Post a Comment